Friday, June 10, 2011

Pekerja contoh



Assalamualaikum..

Fuhh..dah berhabuk blog ni rupanya..ingatkan boleh update sendiri..humm..tiba-tiba terfikir camnela kalau blog boleh update sendiri..ajaib!!..alhamdulillah dah seminggu lebih aku praktikal..seminggu tu jugak la hari-hari cakap taknak pergi kerja, dah datang mulalah pikir bilalah nak nak pukul 6. nak balik..waaaa..-_-

Hari first masuk kerja bukan main awal lagi aku datang. ofis hour start pukul 8.45 aku datang pukul 8.15. nampak tak kat situ dah ada ciri-ciri pekerja berdedikasi dan berwibawa?. lepas dengar bos membebel pasal  company, dress code dan macam-macam lagi aku pun disuruh duduk dan dibagi kerja iaitu isi form untuk tax. yang aku tau bila jumpa staff kat situ kena senyum dan suara kena simpan supaya tak dianggap kepoh. aku isi form tu laju-laju supaya nampak rajin. last-last aku yang duduk takda kerja..ciss time tu rasa segan dengan rakan sekerja tapi apa boleh buat tanya manager dia cakap takda kerja lagi.

bukan gambar aku tapi gambar ehsan dari google

Hari kedua up sikit isi form dan photostat. wow rasa hebat bila dapat pegang mesin photostat company tapi tipsnya buat kerja lambat-lambat supaya ada kerja sentiasa. semakin lambat aku buat kerja rupanya ada kerja menanti disaat jam menunjukkan pukul 5.30. ceh dah nak pukul 6 pun ada kerja lagi aku berkata dalam hati tapi aku akur dan siapkan kerja sampai pukul 6.15 dan setelah bercakap-cakap dengan manager 6.30 jugak aku balik.

Hari ketiga sangat dasyat. aku hanya isi dua form dan koyakkan slip bank. lepastu duduk goyang kaki. macam biasa petang baru ada kerja. kali ni lagi up dari photostat aku binding audit report. baru aku tau yang binding report ni lagi rumit dari buat report. itu menurut rakan sekerja akulah. yela kalau buat report boleh edit kalau salah binding?. sendiri pikirlah..

Minggu ni pulak dengar macam excited sikit sebab aku kena buat audit kat luar. first time buat rasa excited bila dah masuk hari keempat iaitu hari ini rasa kekuatan diri tercabar pulak. apa taknya key in data tak habis-habis sampai tertidur. tapi hidup kena pandai..bila dah tertidur tu coverlah sikit supaya tak mengganggu rakan sekerja dan staff-staff kat company yang aku audit tu. tipsnya masa nak tidur tangan letak kat keyboard atau pegang dokumen. mudah kan?. ok tapi lepas tidur mesti buat kerja dengan pantas supaya kegiatan tersebut tidak dihidu oleh masyarakat sekitar.

****
Itu jelah kerja yang aku buat sepanjang aku menjadi wanita bekerjaya. mungkin aku kena tukar sikit bahasa supaya nampak professional. mungkinlah. kerja kat audit firm nih penat juga sebab kalau tak siap kerja kenalah balik lambat. setakat nih paling lambat aku balik pukul 8.00 malam itupun hati dah rasa tak ikhlas nak buat kerja tapi bila pikir balik nanti kalau dah kerja betul macam mana lah pulak. practice make perfect..:-)

p/s: bila datang ofis rasa macam kat hong kong. ada feel macam kerja kat oversea sebab semua cakap cina tapi diorang semua baik-baik. kalau pagi-pagi datang kerja mesti ada yang ucap selamat pagi..^_^
 

Blog Template by BloggerCandy.com