Sunday, May 15, 2011

Spaghetti dan Nasi goreng



Assalamualaikum & Selamat pagi

Wow..rasa hebat bila hujung minggu bangun awal dan buat sarapan. rasa macam dah boleh kahwin ni..cewah baru bangun pagi sekali dah rasa nak kahwin.ok mungkin fenomena bangun awal dan buat sarapan hanya berlaku dua atau tiga kali setahun. sangat rare. nasib baik bapak aku tak pengsan sebab terkejut tadi atau mungkin saja buat selamba sebab nak bagi aku bangun pagi lagi. hurm strategi yang bijak. 

Ibarat suri rumah bangun seawal jam tujuh pagi buat sarapan itupun sebab mak aku takda.ish kantoi pulak.tapi takpe at least ada effort kata orang. mungkin semenjak cuti semester ni aku terikut-ikut gaya hidup barat makan spaghetti di awal pagi dan kalau boleh nak buat sekali roti bakar + sosej + kacang bakar + omelette..tapi disebabkan lidah memang melayu aku buat nasi goreng dan spaghetti je.

resipi untuk kuah spaghetti yang aku buat sangat mudah bukan nak eksen tapi aku buat ala-ala chef wan gitu main campak-campak je bahan dia. antara bahan yang aku campak masa masak kuah spaghetti iaitu:
  • 5 biji cili besar + 4 biji tomato (blend)
  • 3 ulas bawang merah (cincang)
  • 5 sudu besar cili giling 
  • ayam/daging cincang
  • garam, gula dan lada sulah
dan inilah hasilnya..tadaa..





p/s: malam tadi memang buat aku marah bila stokin a.k.a kucing tidur atas bantal aku tidur. kalau ikutkan hati nak je aku bantai stokin tu tapi naluri belas kasihan kat binatang tu ada lagi. jadi aku halau la stokin elok-elok dengan nada sedikit menjerit sampai semua orang dalam rumah terbangun..hehe..sori semua..;-)


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com