Saturday, May 14, 2011

Motif sebenar tercapai akhirnya

Assalamualaikum

Anda pernah window shopping? yup..kalau tak pernah buat sila buat cepat-cepat atau mungkin juga boleh dijadikan hobi lagi-lagi masa takde budget nak shopping..tambah pulak anda memang kaki shopping macam saya ^_^

Hari tu aku pergi shopping dengan niat nak beli handbag dan kasut. pakai dress + selendang untuk nampak lebih perempuan dan sapu sikit lipgloss yang ada glitter untuk menambah kan efek cun. wow time tu dah rasa gojes sangat..habis puji diri sendiri terus berlari-lari turun tangga kolej menuju ke kereta. hajat dihati ingin pergi sunway pyramid sebab rasa dah lama sangat tak pergi tapi sebelum tu pergi jpj n pergi sepang tengok rumah sewa rakan shopping aku.

driver yang tak pakai seat belt masa drive tak mahu mukanya diambil gambar takut tertangkap katanya

co-pilot paling membantu


sampai je sunway cari parking. cari punya cari rasa macam bertuah sangat sebab banyak parking kosong. masa tu rasa nak park kereta lepastu keluar balik park pulak kat tempat lain. tapi sedar diri sudah dewasa tak guna buat camtu cari point orang nak maki je. pertama sekali jejak je sunway cari tempat makan sebab tak sarapan lagi. gila apa pergi shopping tak makan lagi. kami pun makan kat auntie ann makan pretzel je sebab mungkin tengah hari nak makan mewah sikit..cewah..

lepas sarapan kami mulakan operasi mencari handbag n kasut..semua kedai bag n kedai kasut aku masuk semua tak menarik. sampai lah kawan shopping aku cakap "wei aku ngantuk la". aku bukan main terkejut dia cakap camtu sebab aku juga mengalami simptom yang sama. ya mungkin semangat membeli belah tu takda ditambah dengan tenaga dah habis digunakan untuk study time exam. aku pun ajak dia pergi cari tempat makan mewah dan agak kebaratan untuk menambahkan tenaga dan semangat. dalam perjalanan tiba-tiba dia mencadangkan jom kita makan ayam penyet jela. aku tanpa segan silu pun bersetuju. ceh indon juga aku makan hari ni..

lepas kenyang balik tanpa handbag dan kasut. itu jelah motif pergi sunway untuk makan ayam penyet rupanya. baru aku tahu yang impian aku nak makan ayam penyet time exam lepas sudah pun termakbul.

*tamat*

p/s: tengah tengok cerita saus kacang tiba-tiba adik aku tanya "kakak, saus kacang tu apa?" 
aku pun jawab " saus kacang tu cam kuah kacang yang makan dengan sate tu.." 
adik aku yang kurang yakin dengan aku bertanya lagi mungkin sebab aku selalu bercakap 'benar' dengan dia
" betul ke? kakak jangan tipu.."
 aku dengan selamba menjawab "betul la tak caye ko tengok nanti ada dia tumbuk kacang tu cam ni (sambil buat gaya orang giling cili)" 
adik aku pun dengan pantas mencebik mulut. dalam hati aku berkata " tak cayela tu..ciss..". hurm betul ke saus kacang macam yang aku bagitau kat adik aku?? =_=

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com