Tuesday, May 31, 2011

New Chapter



Assalamualaikum..

Tomorrow I'll start my practical training. Wish me Luck!!


S.L.Ng & Associates I'm coming!!

Monday, May 30, 2011

Coming Home


Assalamualaikum

Pelik bila dah lama tak update blog, rasa jiwa blogger tu dah kurang..citt blogger ke??haha..taknak melalut banyak nanti idea hilang. aku sebenarnya baru balik rumah semalam habis je program kat u. jangan pelik bila aku cakap aku pergi program sukan sebab aku memang aktif sukan sebenarnya. paling aktif. bila ada perkatan paling tu maknanya korang kena terbalikkan maksudnya. 

kalau ikutkan hati taknak aku pergi training sukan tu tapi disebabkan komitmen dan jati diri yang kuat aku pun pergi juga itupun setelah mengambil kira semua manfaat dan risiko yang akan dihadapi kelak dan setelah percubaan balik kolej kali pertama tak menjadi..aish rasa loser bila memikirkan kejadian tersebut =_=

***
Habis je program kaki sakit nasib baik jalan tak kengkang. malu sehh bila orang tengok kalau jalan kengkang..haha..dalam program sukan tu ada acara bola sepak, futsal, hoki geladak, bola jaring, bola tampar, olahraga dan renang. kalau diikutkan aku tak masuk apa-apa tapi disebabkan salah satu acara tu tak cukup orang aku pun menjadi salah seorang atlet..jeng-jeng acara apa?? 

sebenarnya aku masuk renang..haha..sampai sekarang aku sendiri pun macam tak percaya yang aku masuk acara tu sebab sebelum ni aku memang tahap batu punya tak pandai langsung. bila time training renang aku mesti cabut. takut tak reti berenang. ada je alasan taknak pergi swimming pool. tapi sekarang aku paling suka berenang..sebab dah pandai..haha..thanks to coach alia..^_^

medal yang aku dapat renang 4x50m kuak dada perempuan Rotu Navy Sports Carnival 2011




p/s: tak terlambat rasanya nak ucapkan tahniah kat Palapes Laut UiTM sebab jadi johan dalam Program Karnival Sukan kali ke-9 2011 walaupun beza satu mata je dengan KD Sri Klang but what can I say UiTM is the best!!:-)



Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum


selamat hari guru buat cikgu-cikgu masa aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik dan u

Terima kasih cikgu!! ^_^

A moment to share 2

Assalamualaikum

Surprise!! yup itulah yang mereka buat kat aku petang tadi..rasa terkejut dan terharu sangat. mereka iaitu mekti a.k.a zatil amni, timah dan nazri berkomplot untuk menyeprisekan aku dan aku kira pakatan mereka berjaya..ya syabas kamu semua. cerita dia camni mekti telah berpura-pura mengajak aku cari handbag dan kasut untuk praktikal dan mereka berdua iaitu timah dan nazri pergi cari hadiah untuk ayu kahwin. jalan punya jalan kitorang pun terjumpa handbag yang berkenan dihati tapi duit dalam purse paling banyak so aku pun tak beli. lepas tu mekti dengan muka yang lapar ajak aku pergi makan auntie anne dan aku yang lurus ni tak syak pe2 pun..paling tak boleh bla aku syak timah n nazri mungkin saja ingin dating..haha jahat betul..sori timah n nazri..:-p

Dan inilah surprisenya..tadaa!!





inilah handbag yang aku berkenan tadi..sekarang dah dapat..yeah..:-)


Again thanks to mekti, timah, nazri and ayu for the gift and also for all the moment that we always share together..XoXo..

"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words." 

p/s : tadi masa kat one utama nampak sorang foreigner ni paling stylo rambut dia ala-ala justin bieber..tengah duk kutuk dalam hati tiba-tiba muncul sebelah aku..nasib baik dalam hati kalau tak dalam hati buatnya dia paham bahasa melayu, tak ke kantoi..?? =_=

Sunday, May 15, 2011

Sweet macam lollipop


Assalamualaikum

Pernah makan lollipop macam kat bawah ni?




kalau pernah mesti tahu rasa manis dia camna atau pernah tak orang puji..amboi manisnya dia hari ni..hah mungkin camtula rasa dia. takde kena mengena sangat pun dengan lollipop atau rasa manis just tadi sebab dah takde kerja sangat tengokla gambar-gambar lama time kat matrik dulu. sedar tak sedar dah 3 tahun tinggalkan matrik. tengok punya tengok bukan main banyak lagi gambar kat matrik. setiap sudut aku ambil gambar. yela baru teringat dulu aku ada kamera, sekarang dah taktau kamera tu kat mana memang tak kenang budi langsung habis guna terus tinggal. tak guna cerita lebih enjoy gambar-gambar aku time muda remaja ni..

selaku ahli kelab rekreasi pergi camping kat sg. sedim, kedah

hari-hari terakhir kat matrik

kami bestfriend : dari kiri mira, aku, nabila, dayah, sarina

A3T4

dengan miss yus

gambar paling feveret 

yang ni tak tau nak cakap pe..layan je..


banyak sangat gambar so aku pilih random je.gambar mana yang aku pilih kira lucky la ala-ala lucky draw gitu..hehe..kalau nak tengok balik camna kita time muda-muda dulu ambil la gambar. takde kamera beli la kalau dah kedekut sangat  tumpang kamera orang. citt macam perli diri sendiri pulak. A picture worth a thousand words..tata..:-)

p/s: teringat dulu kalau nak ambil gambar kena beli kodak dulu sekarang ni dah tak payah siap boleh view n delete lagi gambar yang tak cantik..sekarang ni ada orang beli kodak lagi tak?? ^_^

Spaghetti dan Nasi goreng



Assalamualaikum & Selamat pagi

Wow..rasa hebat bila hujung minggu bangun awal dan buat sarapan. rasa macam dah boleh kahwin ni..cewah baru bangun pagi sekali dah rasa nak kahwin.ok mungkin fenomena bangun awal dan buat sarapan hanya berlaku dua atau tiga kali setahun. sangat rare. nasib baik bapak aku tak pengsan sebab terkejut tadi atau mungkin saja buat selamba sebab nak bagi aku bangun pagi lagi. hurm strategi yang bijak. 

Ibarat suri rumah bangun seawal jam tujuh pagi buat sarapan itupun sebab mak aku takda.ish kantoi pulak.tapi takpe at least ada effort kata orang. mungkin semenjak cuti semester ni aku terikut-ikut gaya hidup barat makan spaghetti di awal pagi dan kalau boleh nak buat sekali roti bakar + sosej + kacang bakar + omelette..tapi disebabkan lidah memang melayu aku buat nasi goreng dan spaghetti je.

resipi untuk kuah spaghetti yang aku buat sangat mudah bukan nak eksen tapi aku buat ala-ala chef wan gitu main campak-campak je bahan dia. antara bahan yang aku campak masa masak kuah spaghetti iaitu:
  • 5 biji cili besar + 4 biji tomato (blend)
  • 3 ulas bawang merah (cincang)
  • 5 sudu besar cili giling 
  • ayam/daging cincang
  • garam, gula dan lada sulah
dan inilah hasilnya..tadaa..





p/s: malam tadi memang buat aku marah bila stokin a.k.a kucing tidur atas bantal aku tidur. kalau ikutkan hati nak je aku bantai stokin tu tapi naluri belas kasihan kat binatang tu ada lagi. jadi aku halau la stokin elok-elok dengan nada sedikit menjerit sampai semua orang dalam rumah terbangun..hehe..sori semua..;-)


Saturday, May 14, 2011

A moment to share


Assalamualaikum 

Just want to share some of the gifts that i've got on my birthday this year 10th May 2011 


pink teddy bear from my rumet angkat kocek and a deuter bag from my brother




thanks along, kocek and to all people that wish happy birthday to me..

******^_^******

Motif sebenar tercapai akhirnya

Assalamualaikum

Anda pernah window shopping? yup..kalau tak pernah buat sila buat cepat-cepat atau mungkin juga boleh dijadikan hobi lagi-lagi masa takde budget nak shopping..tambah pulak anda memang kaki shopping macam saya ^_^

Hari tu aku pergi shopping dengan niat nak beli handbag dan kasut. pakai dress + selendang untuk nampak lebih perempuan dan sapu sikit lipgloss yang ada glitter untuk menambah kan efek cun. wow time tu dah rasa gojes sangat..habis puji diri sendiri terus berlari-lari turun tangga kolej menuju ke kereta. hajat dihati ingin pergi sunway pyramid sebab rasa dah lama sangat tak pergi tapi sebelum tu pergi jpj n pergi sepang tengok rumah sewa rakan shopping aku.

driver yang tak pakai seat belt masa drive tak mahu mukanya diambil gambar takut tertangkap katanya

co-pilot paling membantu


sampai je sunway cari parking. cari punya cari rasa macam bertuah sangat sebab banyak parking kosong. masa tu rasa nak park kereta lepastu keluar balik park pulak kat tempat lain. tapi sedar diri sudah dewasa tak guna buat camtu cari point orang nak maki je. pertama sekali jejak je sunway cari tempat makan sebab tak sarapan lagi. gila apa pergi shopping tak makan lagi. kami pun makan kat auntie ann makan pretzel je sebab mungkin tengah hari nak makan mewah sikit..cewah..

lepas sarapan kami mulakan operasi mencari handbag n kasut..semua kedai bag n kedai kasut aku masuk semua tak menarik. sampai lah kawan shopping aku cakap "wei aku ngantuk la". aku bukan main terkejut dia cakap camtu sebab aku juga mengalami simptom yang sama. ya mungkin semangat membeli belah tu takda ditambah dengan tenaga dah habis digunakan untuk study time exam. aku pun ajak dia pergi cari tempat makan mewah dan agak kebaratan untuk menambahkan tenaga dan semangat. dalam perjalanan tiba-tiba dia mencadangkan jom kita makan ayam penyet jela. aku tanpa segan silu pun bersetuju. ceh indon juga aku makan hari ni..

lepas kenyang balik tanpa handbag dan kasut. itu jelah motif pergi sunway untuk makan ayam penyet rupanya. baru aku tahu yang impian aku nak makan ayam penyet time exam lepas sudah pun termakbul.

*tamat*

p/s: tengah tengok cerita saus kacang tiba-tiba adik aku tanya "kakak, saus kacang tu apa?" 
aku pun jawab " saus kacang tu cam kuah kacang yang makan dengan sate tu.." 
adik aku yang kurang yakin dengan aku bertanya lagi mungkin sebab aku selalu bercakap 'benar' dengan dia
" betul ke? kakak jangan tipu.."
 aku dengan selamba menjawab "betul la tak caye ko tengok nanti ada dia tumbuk kacang tu cam ni (sambil buat gaya orang giling cili)" 
adik aku pun dengan pantas mencebik mulut. dalam hati aku berkata " tak cayela tu..ciss..". hurm betul ke saus kacang macam yang aku bagitau kat adik aku?? =_=

Edisi No idea: Bertahajud di kampung baru


Assalamualaikum..

Lega rasanya..walaupun agak lambat tapi nak juga bagitau yang exam dah habis. paper terakhir memang killer dapat kertas rasa nak angkat tangan cakap kat pengawas tu saya nak hantar sekarang. tapi rasa macam over pulak, pehal ko nak hantar awal padahal exam baru mula. ceh kalau aku buat camtu memang loser..aku jawab juga paper tu sambil dalam hati berdoa..ya Allah tolong luluskan aku..tengah kelam kabut jawab tiba-tiba pandang orang sebelah tidur..wah sedap je ko kan..usaha la wei!! dalam keadaan nak marah aku cuba positifkan diri..mungkin dia cuba tenangkan diri sebab aku jeling macam banyak je dia jawab..huh tak boleh jadi ni..aku pun terus berusaha hinggan titisan masa yang terakhir..ya aku berjaya menjawab..walaupun dalam hati rasa kecewa yang amat..

habis cerita pasal kesengsaran sebagai seorang pelajar. kita beralih kepada kehidupan sebenar remaja. aku yang tak pernah sedar diri selalu merasakan malam masih muda jadi seperti biasa aku dan rakan-rakan seangkatan pergi berhibur malam lepas exam, malangnya kami tak cukup korum mekti takde atas sebab-sebab tertentu tapi nak buat camne perjuangan tetap perlu diteruskan. mula-mula pergi makan kat kampung baru, makan steak baru nampak barat kan..lepas tu masih meneruskan tema kebaratan dengan pergi karok kat wangsa walk..

bergambar sebelum berhibur..:-p


p/s : sebenarnya tujuan aku lepas exam mengikut azam awal tahun adalah pergi beribadat kat masjid negeri tapi terpaksa dibatalkan gara-gara diri seorang perempuan..hehe..cita-cita memang tinggi tapi hanya mampu berhibur ala barat..tak lupa juga hepi belated besday to me on 10 May ( ceh nak wish juga untuk diri sendiri)..:-)






 

Blog Template by BloggerCandy.com