Sunday, April 24, 2011

Suatu hari di shah alam


Assalamualaikum

Dah dua kali dalam minggu study aku balik rumah,huh bukannya apa rindu kat mak..hehe..tadi aku pergi study kat  library shah alam. dalam semangat aku belajar mata memang tak boleh tahan lagi-lagi subjek membaca aku memang hampeh sikit..jadi aku pun jalan-jalan (aku duduk asing meja dengan kawan aku) kat kawan aku nak hilangkan mengantuk. sambil-sambil kami membuat perbincangan ilmiah mengenai subjek yang kami belajar aku pun tengok-tengok orang yang datang kat situ..dalam hati berkata "bukan main semangat lagi belajar kan dorang ni, cakap kuat-kuat bajet dia sorang je yang ada kat sini.nyampah" aku memang jenis yang suka kutuk dalam hati yela kalau kutuk depan lebih berdosa baik dalam hati je.

dah hilang mengantuk aku pun nak pergi balik kat meja aku dengan semangatnya tiba-tiba kat kerusi depan aku ada seorang lelaki. ikuti perbualan aku dengan lelaki ni..

lelaki: maaf ye dik, saya duduk sini..tempat ni penuh, kat tempat ni pulak ada plug, laptop saya tak ada bateri

aku: eh..takpe-takpe duduklah..(senyum)

lelaki: tempat ni memang takde orang kan? (muka bersalah)

aku: takde..takpe duduklah..(senyum)

lelaki: terima kasih..(senyum)

nak pergi duduk tempat lain macam rasa bersalah pulak. jadi aku pun duduk kat situ dengan sopan sekali. perasaan mengantuk diketepikan demi menjaga tatasusila sebagai seorang gadis yang educated. duduk punya lama aku rasa tak selesa dengan persekitaran yang semakin panas dan bising. ada seorang student ni sibuk cakap pasal bidadarila, sosialisla sampai aku rasa nak lempang je muka dia sebab cakap punya slow bajet semua nak dengar dia cakap.tiba-tiba..

lelaki: dik, boleh tanya tak?

aku: oo..boleh, apa dia? (muka serius)

lelaki: on second level atau at second level?

aku : (dalam hati: ish..boleh ke dia tanya..konfius la soalan dia) hmm..dia ikut situation boleh je guna dua-dua..(jawab aku dengan yakin) contohnya i'm at second level dan he's on second level..(dalam hati: betul ke?arrgh hentamlah)

lelaki: ooo..ok2..terima kasih..(senyum)

lepas je dia tanya soalan tu aku terus je message kawan ajak balik. karang dia tanya lebih-lebih nak jawab apa? kawan aku pun balas cakap sekejap lagi balik. aku kecewa. lepas tu lelaki tu tanya lagi tapi nasib baik tanya pasal aku belajar kat mana. perut pun dah bunyi-bunyi aku pun cepat-cepat ajak kawan aku balik takut-takut bunyi tersebut didengari lelaki itu

kesimpulannya..english sangat penting sekarang ni lagi-lagi untuk berkomunikasi..jadi aku tengah memantapkan english aku dengan menonton cerita orang putih, baca surat khabar english, merapu dan mengutuk orang dalam english..cehh cara yang terakhir tu jangan ikut..buat dosa je..jadi bolehlah aku jawab soalan macam tu lagi dengan muka tak cuak..hehe..okay sekarang nak study..tata.:-)

2 comments:

obUz said...

owh ckp lapar...upernye tkot kne tnye lg...hahahaha

Dalila Ramley said...

haha..mestila kene cover..

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com