Sunday, April 10, 2011

Kek Tiramisu


Assalamualaikum

Amboi..lamanya tak update blog ni..dah masuk bulan empat rupanya..ok. entry pembuka bulan empat adalah kek tiramisu..kenapa?tak tahu kenapa tapi aku baru je buat kek tiramisu yang sebenar minggu lepas..sebut pasal sebenar mulalah timbul tanda tanya apa yang tak benarnya..hah..mungkin sekarang ni banyak benda yang tak ori, dari barang sampailah makanan semua nak tiruan contohnya telur tiruan..cewah nak juga sebut pasal isu semasa nampak sangat baca surat khabar..eh silap tengok berita..tiba-tiba teringat pensyarah ethic aku masa part 4 dia cakap

"please watch news, spend your 1 hour every night watching news"

lebih kurang macam tu lah ayat dia..tapi aku tak pernah amalkan..yela tinggal kat kolej kan sumber hiburan utama adalah laptop tak lain dan tak bukan. yup..kat situ dah nampak ciri-ciri pelajar rajin sebab tak tengok tv..kalau balik rumah pun laptop juga yang aku hadap..tv bila ada cerita best je..berita pun tengok yang menarik je..tu pun bila bapak aku pasang tv. malas nak cerita panjang..tengok cara-cara buat tiramisu bergambar kat bawah ni..


bahan-bahan macam biasa biskut tiramisu/lady's finger, cream cheese, whipping cream

ni dia biskut tiramisu/lady's finger..akhirnya dapat juga benda ni..aku beli dekat kedai jual barang-barang kek harga rm10.40 satu pek 

cara buat..first campur semua bahan-bahan kat atas kacau guna electric mixer, dah siap lapis-lapiskan adunan dengan biskut tiramisu..sampai habis..lepas tu tabur dengan serbuk koko atas dia

kek tiramisu siap..aku buat dalam bekas kecil sebab senang nak makan..hehe

tu dia cara-cara nak buat kek tiramisu..senang je kan sebenarnya ada banyak cara nak buat kek tiramisu..ni adalah salah satu caranya..ok.selamat mencuba!!..tata..:-)

1 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com