Saturday, April 30, 2011

Dialog Hati


Assalamualaikum..

Kali ni update blog kat rumah..eh macam selama ni update kat kolej??adalah kadang-kadang tu update kat kolej kalau boring atau tangan gatal nak menaip tapi disebabkan kat kolej ramai sangat orang nak tengok entry aku sebelum aku post jadi aku takdela selalu buat kat kolej. update kat rumah lagi privacy bak kata orang " home sweet home"..hehe..sebenarnya aku segan kalau orang baca apa yang aku tengah tulis..malu..:-p

Tadi pagi paper kedua aku, jadi lepas je habis exam aku pun cabut balik rumah sebab paper ketiga aku 5hb. rasa macam lama lagi tapi banyak benda aku tak belajar lagi..hai macam nilah kalau selalu study last minute. jadi pesanan untuk semua dont try this at home. sebenarnya aku nak cerita keadaan aku time exam paper yang first..wah soalan macam gampang tapi bila orang yang semakin meninggalkan alam remaja seperti aku nak jawab dah semua blank. semua fakta dalam otak hilang. tak tau kenapa mungkin hati masih tak suci.

paper first tu paper theory pasal company secretary tapi jangan ingat secretary yang dalam tv selalu meja secretary tu dekat tepi bilik bos dan antara dialog bos kepada secretary tersebut adalah "su (bukan nama sebenar), hari ni appointment saya pukul berapa ya?". malas nak cerita panjang harap-harap korang dapat bezakan. sambung balik..dapat je tengok soalan, aku pun belek-belek sambil kepala fikir jawapan yang sesuai. lepas tu aku pun tulis jawapan dengan semangat sampai je soalan kedua last otak dah kering dan time tu hati aku menjerit what the.....tak sempat aku habiskan ayat yang berbaur kasar, lantas iman yang senipis kulit bawang memintas dengan ucapan astaghfirullahulazim. alhamdulillah aku masih terpelihara daripada menyebut perkataan yang tak elok.

selepas itu dengan secara rasminya aku menghentam soalan tersebut dengan teory-teory dr.dalila. wow time tu rasa hebat sebab berjaya buat teory sendiri. tapi apakan daya peluang untuk dapat markah tu sangat tipis jadi aku bertindak mengira markah. dengan kiraan markah aku harap semoga aku lulus. paper kedua tadi pun soalan boleh tahan senang tapi ada jugak yang aku hentam. apa boleh buat nak tinggal kosong rasa macam loser baik isi nampak penuh kertas jawapan aku..hehe

baiklah..pesanan untuk semua jangan lupa baca doa sebelum study dan jawab exam..good luck untuk semua yang tengah final exam sekarang ni..tata..:-)











0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com