Saturday, April 23, 2011

Apabila jatuh dengan tangga


Assalamualaikum

Minggu ni minggu study jadi aku sebagai pelajar tak perlu pergi ke kelas menuntut ilmu tetapi hanya duduk di bilik atau di mana-mana tempat belajar balik ilmu yang dituntut. Alhamdulillah setakat ni aku hanya tertidur tengah study waktu tengah hari je walaupun tiap hari aku buat tapi nasib baik aku study jugak walaupun tertidur.

sebenarnya bukan nak cerita pasal minggu study saja je buat mukadimah tu nampak lebih ilmiah dengan menceritakan pasal study week. nampak sangat aku sepanjang bulan ni sangat suka menjadi makhluk perosak tapi jangan salah sangka bukan aku lipas jadian atau anai-anai jadian rosakkan rumah orang. begitu kecewa sekali apabila malang menemui diri ini..huhu

pertama: aku dah rosakkan pintu kereta kancil aku sampai tak boleh tak boleh nak buka lagi dan effectnya kena sekali kat tingkap pintu kereta tu

kedua: hari ni aku dah patahkan clutch kereta abang aku pulak dan petang ni abang aku nak datang kolej. aku tak tau nasib aku lepas ni..huhu

ketiga: kali ni tak melibatkan kereta tapi melibatkan barang aku sendiri iaitu lip gloss. disebabkan terlalu kecewa dengan kejadian clucth patah aku main-main lip gloss aku sampai rosak dan kemudian aku tolak guna tangan dan lip gloss tu patah..yay lagi 1 aku berkata dalam hati.

gambar lip gloss maybelline versi senget yang aku bakal aku hancurkan

lip gloss yang telah aku hancurkan dengan memotong bahagian yang tak boleh masuk balik menggunakan jari (tips:guna jari pun boleh)

tak taulah kenapa jadi begitu kat aku dan sekarang aku tengah dalam mood kecewa. dan nak study pun dah hilang minat, sedar diri tak pernah nak insaf maka aku pun terus buka lappy dan update blog sambil tengok maharaja lawak kat youtube dan tak lupa makan lai chi kang pembelian tira (terima kasih youtube dan tira kerana telah menceriakn hari ku!!)

sambil tu aku juga berpikir-pikir adakah aku mempunyai tenaga luar biasa sampai kaki dan tanganku boleh mematahkan clutch dan merosakkan barang..itu menjadi tanda tanya sampai sekarang. tapi itu bukan bermakna aku perempuan yang ganas atau kejam dan ternyata aku perempuan biasa sebab aku guna lip gloss juga kan?hehe, mungkin nasib aku dengan kereta je yang tak baik..bak kata ustazah dulu time sekolah semua yang berlaku ada hikmahnya..i hope so..:-)

p/s: setiap sem azam nak dapat dekan tak pernah berubah, so please pray for me semoga Allah makbulkan doa aku..aminn..

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com