Saturday, April 30, 2011

Dialog Hati


Assalamualaikum..

Kali ni update blog kat rumah..eh macam selama ni update kat kolej??adalah kadang-kadang tu update kat kolej kalau boring atau tangan gatal nak menaip tapi disebabkan kat kolej ramai sangat orang nak tengok entry aku sebelum aku post jadi aku takdela selalu buat kat kolej. update kat rumah lagi privacy bak kata orang " home sweet home"..hehe..sebenarnya aku segan kalau orang baca apa yang aku tengah tulis..malu..:-p

Tadi pagi paper kedua aku, jadi lepas je habis exam aku pun cabut balik rumah sebab paper ketiga aku 5hb. rasa macam lama lagi tapi banyak benda aku tak belajar lagi..hai macam nilah kalau selalu study last minute. jadi pesanan untuk semua dont try this at home. sebenarnya aku nak cerita keadaan aku time exam paper yang first..wah soalan macam gampang tapi bila orang yang semakin meninggalkan alam remaja seperti aku nak jawab dah semua blank. semua fakta dalam otak hilang. tak tau kenapa mungkin hati masih tak suci.

paper first tu paper theory pasal company secretary tapi jangan ingat secretary yang dalam tv selalu meja secretary tu dekat tepi bilik bos dan antara dialog bos kepada secretary tersebut adalah "su (bukan nama sebenar), hari ni appointment saya pukul berapa ya?". malas nak cerita panjang harap-harap korang dapat bezakan. sambung balik..dapat je tengok soalan, aku pun belek-belek sambil kepala fikir jawapan yang sesuai. lepas tu aku pun tulis jawapan dengan semangat sampai je soalan kedua last otak dah kering dan time tu hati aku menjerit what the.....tak sempat aku habiskan ayat yang berbaur kasar, lantas iman yang senipis kulit bawang memintas dengan ucapan astaghfirullahulazim. alhamdulillah aku masih terpelihara daripada menyebut perkataan yang tak elok.

selepas itu dengan secara rasminya aku menghentam soalan tersebut dengan teory-teory dr.dalila. wow time tu rasa hebat sebab berjaya buat teory sendiri. tapi apakan daya peluang untuk dapat markah tu sangat tipis jadi aku bertindak mengira markah. dengan kiraan markah aku harap semoga aku lulus. paper kedua tadi pun soalan boleh tahan senang tapi ada jugak yang aku hentam. apa boleh buat nak tinggal kosong rasa macam loser baik isi nampak penuh kertas jawapan aku..hehe

baiklah..pesanan untuk semua jangan lupa baca doa sebelum study dan jawab exam..good luck untuk semua yang tengah final exam sekarang ni..tata..:-)











Sunday, April 24, 2011

Suatu hari di shah alam


Assalamualaikum

Dah dua kali dalam minggu study aku balik rumah,huh bukannya apa rindu kat mak..hehe..tadi aku pergi study kat  library shah alam. dalam semangat aku belajar mata memang tak boleh tahan lagi-lagi subjek membaca aku memang hampeh sikit..jadi aku pun jalan-jalan (aku duduk asing meja dengan kawan aku) kat kawan aku nak hilangkan mengantuk. sambil-sambil kami membuat perbincangan ilmiah mengenai subjek yang kami belajar aku pun tengok-tengok orang yang datang kat situ..dalam hati berkata "bukan main semangat lagi belajar kan dorang ni, cakap kuat-kuat bajet dia sorang je yang ada kat sini.nyampah" aku memang jenis yang suka kutuk dalam hati yela kalau kutuk depan lebih berdosa baik dalam hati je.

dah hilang mengantuk aku pun nak pergi balik kat meja aku dengan semangatnya tiba-tiba kat kerusi depan aku ada seorang lelaki. ikuti perbualan aku dengan lelaki ni..

lelaki: maaf ye dik, saya duduk sini..tempat ni penuh, kat tempat ni pulak ada plug, laptop saya tak ada bateri

aku: eh..takpe-takpe duduklah..(senyum)

lelaki: tempat ni memang takde orang kan? (muka bersalah)

aku: takde..takpe duduklah..(senyum)

lelaki: terima kasih..(senyum)

nak pergi duduk tempat lain macam rasa bersalah pulak. jadi aku pun duduk kat situ dengan sopan sekali. perasaan mengantuk diketepikan demi menjaga tatasusila sebagai seorang gadis yang educated. duduk punya lama aku rasa tak selesa dengan persekitaran yang semakin panas dan bising. ada seorang student ni sibuk cakap pasal bidadarila, sosialisla sampai aku rasa nak lempang je muka dia sebab cakap punya slow bajet semua nak dengar dia cakap.tiba-tiba..

lelaki: dik, boleh tanya tak?

aku: oo..boleh, apa dia? (muka serius)

lelaki: on second level atau at second level?

aku : (dalam hati: ish..boleh ke dia tanya..konfius la soalan dia) hmm..dia ikut situation boleh je guna dua-dua..(jawab aku dengan yakin) contohnya i'm at second level dan he's on second level..(dalam hati: betul ke?arrgh hentamlah)

lelaki: ooo..ok2..terima kasih..(senyum)

lepas je dia tanya soalan tu aku terus je message kawan ajak balik. karang dia tanya lebih-lebih nak jawab apa? kawan aku pun balas cakap sekejap lagi balik. aku kecewa. lepas tu lelaki tu tanya lagi tapi nasib baik tanya pasal aku belajar kat mana. perut pun dah bunyi-bunyi aku pun cepat-cepat ajak kawan aku balik takut-takut bunyi tersebut didengari lelaki itu

kesimpulannya..english sangat penting sekarang ni lagi-lagi untuk berkomunikasi..jadi aku tengah memantapkan english aku dengan menonton cerita orang putih, baca surat khabar english, merapu dan mengutuk orang dalam english..cehh cara yang terakhir tu jangan ikut..buat dosa je..jadi bolehlah aku jawab soalan macam tu lagi dengan muka tak cuak..hehe..okay sekarang nak study..tata.:-)

Saturday, April 23, 2011

Apabila jatuh dengan tangga


Assalamualaikum

Minggu ni minggu study jadi aku sebagai pelajar tak perlu pergi ke kelas menuntut ilmu tetapi hanya duduk di bilik atau di mana-mana tempat belajar balik ilmu yang dituntut. Alhamdulillah setakat ni aku hanya tertidur tengah study waktu tengah hari je walaupun tiap hari aku buat tapi nasib baik aku study jugak walaupun tertidur.

sebenarnya bukan nak cerita pasal minggu study saja je buat mukadimah tu nampak lebih ilmiah dengan menceritakan pasal study week. nampak sangat aku sepanjang bulan ni sangat suka menjadi makhluk perosak tapi jangan salah sangka bukan aku lipas jadian atau anai-anai jadian rosakkan rumah orang. begitu kecewa sekali apabila malang menemui diri ini..huhu

pertama: aku dah rosakkan pintu kereta kancil aku sampai tak boleh tak boleh nak buka lagi dan effectnya kena sekali kat tingkap pintu kereta tu

kedua: hari ni aku dah patahkan clutch kereta abang aku pulak dan petang ni abang aku nak datang kolej. aku tak tau nasib aku lepas ni..huhu

ketiga: kali ni tak melibatkan kereta tapi melibatkan barang aku sendiri iaitu lip gloss. disebabkan terlalu kecewa dengan kejadian clucth patah aku main-main lip gloss aku sampai rosak dan kemudian aku tolak guna tangan dan lip gloss tu patah..yay lagi 1 aku berkata dalam hati.

gambar lip gloss maybelline versi senget yang aku bakal aku hancurkan

lip gloss yang telah aku hancurkan dengan memotong bahagian yang tak boleh masuk balik menggunakan jari (tips:guna jari pun boleh)

tak taulah kenapa jadi begitu kat aku dan sekarang aku tengah dalam mood kecewa. dan nak study pun dah hilang minat, sedar diri tak pernah nak insaf maka aku pun terus buka lappy dan update blog sambil tengok maharaja lawak kat youtube dan tak lupa makan lai chi kang pembelian tira (terima kasih youtube dan tira kerana telah menceriakn hari ku!!)

sambil tu aku juga berpikir-pikir adakah aku mempunyai tenaga luar biasa sampai kaki dan tanganku boleh mematahkan clutch dan merosakkan barang..itu menjadi tanda tanya sampai sekarang. tapi itu bukan bermakna aku perempuan yang ganas atau kejam dan ternyata aku perempuan biasa sebab aku guna lip gloss juga kan?hehe, mungkin nasib aku dengan kereta je yang tak baik..bak kata ustazah dulu time sekolah semua yang berlaku ada hikmahnya..i hope so..:-)

p/s: setiap sem azam nak dapat dekan tak pernah berubah, so please pray for me semoga Allah makbulkan doa aku..aminn..

Sunday, April 17, 2011

Antara delima dan teratai


Assalamualaikum

Wah..rajin pulak aku update kan..2 hari sekali mungkin juga 3 hari sekali..itu yang kita tak tahu..yup bulan april ni aku asek sebut pasal update je tak lain dan tak bukan. sebelum cerita aku menjadi bubur (sesekali tukar la asek basi je..heh) baik aku cepat-cepat cerita kat blog, yela takut-takut mood berubah, mata jadi layu akibat oksigen tak masuk otak, tulang belakang merayu-rayu minta diluruskan dan suara gemersik setan katil minta didodoikan. haish sungguh besar dugaan!!

macam aku pernah cakap kat entry sebelum ni pasal party makan-makan ocean 12 (sebut party tau bukan jamuan agar nampak grand..hehe) dan betapa rajinnya aku membantu pn sabariah masak untuk party tu..jadi tak sah kalau takda adegan bergambar..mari tengok puas-puas gambar kami yang tak seberapa ni.. 


cik timah yang penat angkat periuk nasi dari teratai


dari sesi bergosip sambil tunggu orang lain datang sampaila sesi makan-makan..tengok sapa yang paling semangat pegang garpu nak makan..isk teruk betul..
cik penganjur yang duduk sorang time makan..dia cakap takut banyak suami alih-alih tempat..heh....yeke?



menu: kek, nasi goreng, mihun goreng dan air kiwi

habis je makan kami semua buat sesi mengenang kembali memori silam sepanjang kami bersama, tak lupa juga sesi bahan-membahan dan sesi bergelak ketawa mengenakan orang..selain tu ada juga ucapan dari cik penganjur dan bakal-bakal alumni Uitm..Finally..thanks cik penganjur atau nama manjanya kocek..lain kali buat lagi tapi sayangnya encik co a.k.a shiham tak dapat datang..dengar ceramah katanya alhamdulillah..tata dari cik datang makan..:-)

Saya dan Kek Hawflakes


Assalamualaikum

Terasa begitu pemalas diri ini apabila hanya update blog seminggu sekali..bila nak update je mesti ada yang menganggu seperti adik pinjam laptop buat main game, internet tiba-tiba takda, group bergosip discussion, tertidur dan macam-macam lagi yang membuatkan nak berblog pun dah takda mood sebab cite semua dah basi. hah hari tu aku tolong jaga anak buah aku maknanya kat situ aku berjiwa keibuan..cite ni takda kene mengena saja je nak mention..ehem!!paham-paham je la..:-p

malam tadi member aku buat makan-makan untuk budak batch aku ocean 12.mana dapat nama ocean 12 ni..nombor 12 untuk intake 12 dan ocean? tak tau lah dapat mana..tapi agak sedap disebut..hehe
jadi aku yang semangat berparty ni pun mula menawarkan diri untuk buat kek dan meminta jasa baik pn sabariah  untuk masak mihun..tanpa banyak membebel jom layan gambar-gambar sepanjang pembikinan kek 


ni dia cara2 nak buat kek hawflakes..hawflakes tu bersempena nama asam yang bulat-bulat yang disusun kat kek tu..penat tau nak susun asam tu...heh *sigh*
kek yang dah siap dibakar dan diletak krim nak bagi cantik


kek yang dah siap sapu dan diratakan dengan krim..tolong jangan pertikaikan tentang tulisan atas kek tu sebab aku akan jadi marah bila sebut pasal tulisan tu..:-p

tada...kek yang dah siap di hias dengan cantiknya atas bantuan pn sabariah..terima kasih mama!!


hah..yang ni krim yang aku guna untuk hias kek..beli kat kedai bakeri pandan

p/s: pn sabariah pesan kalau nak resipi kek hawflakes dan jikalau teringin nak order kek tu pun boleh..just email je aku kat nordalilaramley@gmail.com..tata..:-)

Sunday, April 10, 2011

Kek Tiramisu


Assalamualaikum

Amboi..lamanya tak update blog ni..dah masuk bulan empat rupanya..ok. entry pembuka bulan empat adalah kek tiramisu..kenapa?tak tahu kenapa tapi aku baru je buat kek tiramisu yang sebenar minggu lepas..sebut pasal sebenar mulalah timbul tanda tanya apa yang tak benarnya..hah..mungkin sekarang ni banyak benda yang tak ori, dari barang sampailah makanan semua nak tiruan contohnya telur tiruan..cewah nak juga sebut pasal isu semasa nampak sangat baca surat khabar..eh silap tengok berita..tiba-tiba teringat pensyarah ethic aku masa part 4 dia cakap

"please watch news, spend your 1 hour every night watching news"

lebih kurang macam tu lah ayat dia..tapi aku tak pernah amalkan..yela tinggal kat kolej kan sumber hiburan utama adalah laptop tak lain dan tak bukan. yup..kat situ dah nampak ciri-ciri pelajar rajin sebab tak tengok tv..kalau balik rumah pun laptop juga yang aku hadap..tv bila ada cerita best je..berita pun tengok yang menarik je..tu pun bila bapak aku pasang tv. malas nak cerita panjang..tengok cara-cara buat tiramisu bergambar kat bawah ni..


bahan-bahan macam biasa biskut tiramisu/lady's finger, cream cheese, whipping cream

ni dia biskut tiramisu/lady's finger..akhirnya dapat juga benda ni..aku beli dekat kedai jual barang-barang kek harga rm10.40 satu pek 

cara buat..first campur semua bahan-bahan kat atas kacau guna electric mixer, dah siap lapis-lapiskan adunan dengan biskut tiramisu..sampai habis..lepas tu tabur dengan serbuk koko atas dia

kek tiramisu siap..aku buat dalam bekas kecil sebab senang nak makan..hehe

tu dia cara-cara nak buat kek tiramisu..senang je kan sebenarnya ada banyak cara nak buat kek tiramisu..ni adalah salah satu caranya..ok.selamat mencuba!!..tata..:-)

 

Blog Template by BloggerCandy.com