Sunday, March 27, 2011

Meet the Failures


Assalamualaikum..

Entry kali nih..aku akan sedikit serius..yela kalau berbicara pasal hidup kita mesti kena serius..tak boleh main-main ye adik-adik..yeah dah jadi macam pengacara mari mengaji pulak..okay sekarang kita serius kembali..back to the topic meet the failures..dalam hidup kita nih tak semua yang kita buat menjadi kadang-kadang tak menjadi ( tak suka sebut perkataan gagal sebab memang mencabar keegoan..ciss)..itulah kadang-kadang kita tak sedar apa perkara yang membuatkan kita tak berjaya..mungkin sikap kita, apa yang kita dah buat pada masa lalu yang kita tak sedar, mungkin kita dah sakitkan hati orang, mungkin kita masih tak maafkan orang yang sakitkan hati kita atau mungkin kita tak cukup berusaha..tak lupa juga mungkin kejayaan tu bukan milik kita lagi atau kejayaan tu bukan milik kita langsung

Tapi apa yang paling penting adalah usaha kita..tak kira lah berapa kali kita jatuh, terbaring, terpeleot (betul ke ejaan dia??hentam saja..hehe) atau tersembam..usaha adalah yang paling penting..sebab Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum, sampai lah kaum itu mengubahnya sendiri..maknanya usaha lah yang paling penting untuk berjaya..bukan semua orang yang berjaya terus berjaya tanpa kegagalan dan usaha..melainkan memang dengan izin yang maha Esa untuk dia berjaya tanpa kegagalan..pada aku kejayan tu subjektif macam cantik juga..lain orang lain citarasa..kadang-kadang berjaya masukkan benang dalam jarum pun dah di kira kejayaan besar..kita yang tengok ni pun sibuk kutuk.."ek eleh masukkan benang dalam jarum sampai nak heboh 3 hari 3 malam"(sila baca dalam nada yang menjengkelkan)..kita nih mana tahu betapa susahnya dia nak buat benda tu kan..jadi walau betapa kecilnya kejayan orang lain pada pandangan mata kita..sokonglah dia..lagi-lagi keluarga atau kawan-kawan kita..

Kegagalan bukan bermaksud perjalanan kita akan terhenti setakat itu saja..kadang-kadang kegagalan lah yang menjadi tiket untuk kita berjaya..siapa yang tahu..tak ada siapa pun yang tahu melainkan Allah s.w.t yang maha Mengetahui..jadi apabila ditimpa kegagalan janganlah putus semangat, putus asa ke tapi jadikan ia booster untuk meraih kejayan di masa hadapan..mungkin belum tiba masanya untuk kita berjaya..terima kegagalan dengan hati yang terbuka..walau macam mana teruk pun kita terjatuh sampai terguling-guling, berdarah-darah..jangan anggap kita dah mati..dah tak boleh buat apa-apa lagi..kita kena bangun dan teruskan perjalanan kita sampai jumpa dengan kejayaan..akhir kata..kejayaan dan kegagalan adalah suatu perkara yang bergerak seiring dengan usaha, kalau usaha bergerak perlahan kegagalan akan menjadi teman..kalau tidak sebaliknya..tapi semuanya bergantung kepada keizinan yang maha Esa..tata..:-)

P/s : entry kali ini ditulis sempena meraikan ketidakberjayaan aku dalam ujian renang dan test pada minggu lepas..sedih siot..tapi macho tetap macho..nak nangis tahan..so this is a little bit motivation for myself..di ingatkan semua ayat-ayat diatas adalah lahir dari hati dan minda aku hasil dari pembacaan buku-buku motivasi dan ilmiah..tiada copy and paste (cewahh)..haha..:-p




0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com