Monday, December 26, 2011

Langkawi jom!


Assamualaikum

Sempena cuti sekolah tahun 2011 ni..aku dan family pergi langkawi, yela dah lama tak pergi bercuti ngn family :)
aku pergi naik kereta, perghh sakit bontot duk lama dalam kereta weh dari selangor sampai perlis, ni sume gara2 adik aku yang belajar kt unimap tu..huh.. takpela demi mu adikku..haha..
pe lagi jom layan pic2 kt langkawi nih..








*enjoy*

tuan punye blog nampak gemukss dalam gambar..haish *sigh*

Sunday, December 25, 2011

Ocean 12 : Kak Long Kawen!


Assalamualaikum..

Soo exited..semalam pergi kenduri kawen first ocean 12..so here's the pictures..

with ecah, pady, sobo, yaya, lala n timah

ni la pengantin, kak bel cantik sangat2..:)



ocean 12 dgn budak2 UM

kami ikut tema tau!!

*pic curi dr fb*

amik berkat..ahakss!
*pic curi dr fb*

Ocean 12
*pic curi dr fb*


*the end*

p/s :perasan tak sume pic de aku..haruslah sbb ini blog aku yang punya..: p

Saturday, November 19, 2011

Extend combo


Assalamualaikum..

Tak sabar rasenye nak abes praktikal..memang paling abes bila aku bersetuju untuk sambung keje kt sana, ye aku nampak macam orang yang rajin dan bercita-cita tinggi bile EXTEND praktikal tapi sebenarnye aku memerlukan pembiyaan (baca:duit), jenis mata duitan macam aku memang sanggup berkerja keras untuk dapatkan duit sara diri demi untuk shopping dan bersenang lenang..cehh padahal duk rumah dapat duit dari tabung yayasan pama, tapi tak kan keje abeskan beras mak bapak je dik oi..at least kalau keje dapat gak pengalaman..ehemm!

p/s : start minggu depan dah mula buat account kat company lain..sebulan setengah ! lame gile..aku dah la tak pernah buat akaun sepanjang intern, boleh pulak bagi akaun,huh tu yang aku paling risau..eh perasan tak kat entry huruf double u?terpaksa eja sebab memang xboleh tekan sebab dah rosak..ye  kene beli laptop baru plak..haish..duit2..nak duit..*sigh*












Sunday, October 23, 2011

New Look


Assalamualaikum

Bukan aku yang ubah penampilan tapi blog aku, see ada bee atau japanese called hachi, eh siap japanese lagi tau..okay selain lebah in malay, ada lebah jugak..aik lebah lagi..okay pening!

habis mengarut, yup sebenarnya dah bosan dengan background yang lama, jadi aku pun google banyak blog template tapi yang ada lebah ni menarik perhatian aku, selain ada bunga2 kat header die tulisan die pun boleh tukar, so takdelah bosan sangat dengan tulisan yang sedia ada.

Sambil2 google template aku pun google tips2 nak saving, yela internship dah nak habes jadi kenalah berjimat cermat sebab lepas nih dah takda income, duit guna jugak ada ke takda ye tak? okay nanti rajin aku post pasal tips berjimat cermat pulak..tata..:-)



Wednesday, October 19, 2011

Bosan!


Assalamualaikum..

Hai kawan2! kalau nak di ikutkan aku kerap (baca : tak) update blog sekarang, bukan apa banyak sangat komitmen..cehh!..praktikal tinggal lagi sebulan lebih. yes! lepas nih boleh duk rumah dengan senang lenang. untuk bulan depan aku dah nasihatkan diri aku untuk banyak rehatkan minda dengan ambil cuti dengan banyak sebab lecturer dah datang buat evaluation dan aku sangat mengagumi kegigihan lecturer tersebut nak bagi aku markah full untuk praktikal. pada mulanya aku ragu dengan kata2 dia tapi takpela kalau orang nak bagi kite ambil ye tak?..thanks Dr.huang! atas jasa baik anda. harap menjadi kenyataan. 

Sepanjang praktikal nih rasanya dah banyak belajar benda baru, sebab tu banyak juga aku online tadi..ermm kantoi sudey..bukan ape bosan tunggu client bagi dokumen jadi aku habiskan masa buat aktiviti berfaedah seperti facebooking dan online shopping selain kacau pekerja KKD buat keje dengan mengajaknya bersembang.okay dah hilang bosan. sekian terima kasih..tata..:-)






Monday, October 17, 2011

YES!


Assalamualaikum..

Bila malas datang..macam nilah jadinya..Dah update blog..Sekian terima kasih :-)




Thursday, August 18, 2011

Saya Anggun Berbaju Kurung



Assalamualaikum..


tiba-tiba pulak teringin nak join contest..ahaks :-p
*****
dan..jeng-jeng...
setelah berfikir-fikir dan mengambil kira kritikan dari adik-adik juga segala risiko telah dipertimbangkan
inilah gambar aku yang kiranya cukup anggun berbaju kurung >>>>


gambar ni masa pergi majlis tunang kawan aku..first time tau pergi kawan sendiri tunang..jadi kenalah pakai baju kurung, yelah pe benda nya pergi majlis orang melayu tak pakai baju kurung atau baju tradisional yang lain, tak lengkap rasanya lagi satu nampak tak sopan..betul tak? baju kurung boleh pakai dalam apa-apa event sekalipun, dinner, open house, pergi kelas, shopping, reunion sampailah pergi party pun boleh pakai baju kurung tau..gile tak versatile kau..haha..^_^

****

p/s : ingatkan hari ni hari rabu..so nak letak gambar je sebab hari rabu kan 'wordless wednesday' tapi disebabkan hari ni khamis so takdelah entry wordless tapi kenapa hari rabu je 'wordless'? hurmm..(,")

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday apakah??


Assalamualaikum

Hari ni hari rabu..ye sape yang tak tau hari ni hari rabu sila tengok kalendar. kalau dah tengok dan tak tau jugak buatlah solat taubat semoga roh anda ditempatkan dikalangan orang beriman kelak. untuk mengelakkan dari entry ni terpesong jadi aku teruskan dengan isunya iaitu apakah wordless wednesday? adakah pada hari rabu tak boleh ada perkataan? persoalan tu membuatkan aku sedikit musykil. ini semua sebab aku aktif sikit malam ni pergi jenguk-jenguk blog orang pada hari rabu..maka banyaklah terjumpa blogger-blogger ni post pasal wordless wednesday. jadi tanpa membuang masa aku pun tanya pak cik google pasal benda ni. lepas dapat jawapan yang meyakinkan aku pun menanam minat untuk post wordless wednesday jugak agar nampak up to date takdela kuno sangat kan..hehe..jadi dengan ini aku post wordless wednesday jugak tapi ada perkatan 'apakah' sekaligus menjadikan post aku jadi 'wordless wednesday with word'.

****

the end

p/s: nampak sangat wordless wednesday aku dah lari dari maksud sebenar kan? :-p

Tuesday, July 26, 2011

Sedar tak sedar


Assalamualaikum

hai semua..rindu tak?yelah dah lama tak jenguk-jenguk blog ni..mungkin ada yang rindu ^_^.. kalau sikit lagi tak jenguk blog ni mungkin dah jadi sejarah. mujur lah jiwa blogger tu ada sikit. kata orang tak banyak sikit pun jadilah. 

****

saje je nak update blog..dah lama sangat tak buat. gile ape ada blog tak berblog..betul tak?


p/s: selalu cerita pasal jodoh sekarang ni tak tau kenapa..nampak sangat diri dah mencapai tahap matang..ehem!!

Friday, June 10, 2011

Pekerja contoh



Assalamualaikum..

Fuhh..dah berhabuk blog ni rupanya..ingatkan boleh update sendiri..humm..tiba-tiba terfikir camnela kalau blog boleh update sendiri..ajaib!!..alhamdulillah dah seminggu lebih aku praktikal..seminggu tu jugak la hari-hari cakap taknak pergi kerja, dah datang mulalah pikir bilalah nak nak pukul 6. nak balik..waaaa..-_-

Hari first masuk kerja bukan main awal lagi aku datang. ofis hour start pukul 8.45 aku datang pukul 8.15. nampak tak kat situ dah ada ciri-ciri pekerja berdedikasi dan berwibawa?. lepas dengar bos membebel pasal  company, dress code dan macam-macam lagi aku pun disuruh duduk dan dibagi kerja iaitu isi form untuk tax. yang aku tau bila jumpa staff kat situ kena senyum dan suara kena simpan supaya tak dianggap kepoh. aku isi form tu laju-laju supaya nampak rajin. last-last aku yang duduk takda kerja..ciss time tu rasa segan dengan rakan sekerja tapi apa boleh buat tanya manager dia cakap takda kerja lagi.

bukan gambar aku tapi gambar ehsan dari google

Hari kedua up sikit isi form dan photostat. wow rasa hebat bila dapat pegang mesin photostat company tapi tipsnya buat kerja lambat-lambat supaya ada kerja sentiasa. semakin lambat aku buat kerja rupanya ada kerja menanti disaat jam menunjukkan pukul 5.30. ceh dah nak pukul 6 pun ada kerja lagi aku berkata dalam hati tapi aku akur dan siapkan kerja sampai pukul 6.15 dan setelah bercakap-cakap dengan manager 6.30 jugak aku balik.

Hari ketiga sangat dasyat. aku hanya isi dua form dan koyakkan slip bank. lepastu duduk goyang kaki. macam biasa petang baru ada kerja. kali ni lagi up dari photostat aku binding audit report. baru aku tau yang binding report ni lagi rumit dari buat report. itu menurut rakan sekerja akulah. yela kalau buat report boleh edit kalau salah binding?. sendiri pikirlah..

Minggu ni pulak dengar macam excited sikit sebab aku kena buat audit kat luar. first time buat rasa excited bila dah masuk hari keempat iaitu hari ini rasa kekuatan diri tercabar pulak. apa taknya key in data tak habis-habis sampai tertidur. tapi hidup kena pandai..bila dah tertidur tu coverlah sikit supaya tak mengganggu rakan sekerja dan staff-staff kat company yang aku audit tu. tipsnya masa nak tidur tangan letak kat keyboard atau pegang dokumen. mudah kan?. ok tapi lepas tidur mesti buat kerja dengan pantas supaya kegiatan tersebut tidak dihidu oleh masyarakat sekitar.

****
Itu jelah kerja yang aku buat sepanjang aku menjadi wanita bekerjaya. mungkin aku kena tukar sikit bahasa supaya nampak professional. mungkinlah. kerja kat audit firm nih penat juga sebab kalau tak siap kerja kenalah balik lambat. setakat nih paling lambat aku balik pukul 8.00 malam itupun hati dah rasa tak ikhlas nak buat kerja tapi bila pikir balik nanti kalau dah kerja betul macam mana lah pulak. practice make perfect..:-)

p/s: bila datang ofis rasa macam kat hong kong. ada feel macam kerja kat oversea sebab semua cakap cina tapi diorang semua baik-baik. kalau pagi-pagi datang kerja mesti ada yang ucap selamat pagi..^_^

Tuesday, May 31, 2011

New Chapter



Assalamualaikum..

Tomorrow I'll start my practical training. Wish me Luck!!


S.L.Ng & Associates I'm coming!!

Monday, May 30, 2011

Coming Home


Assalamualaikum

Pelik bila dah lama tak update blog, rasa jiwa blogger tu dah kurang..citt blogger ke??haha..taknak melalut banyak nanti idea hilang. aku sebenarnya baru balik rumah semalam habis je program kat u. jangan pelik bila aku cakap aku pergi program sukan sebab aku memang aktif sukan sebenarnya. paling aktif. bila ada perkatan paling tu maknanya korang kena terbalikkan maksudnya. 

kalau ikutkan hati taknak aku pergi training sukan tu tapi disebabkan komitmen dan jati diri yang kuat aku pun pergi juga itupun setelah mengambil kira semua manfaat dan risiko yang akan dihadapi kelak dan setelah percubaan balik kolej kali pertama tak menjadi..aish rasa loser bila memikirkan kejadian tersebut =_=

***
Habis je program kaki sakit nasib baik jalan tak kengkang. malu sehh bila orang tengok kalau jalan kengkang..haha..dalam program sukan tu ada acara bola sepak, futsal, hoki geladak, bola jaring, bola tampar, olahraga dan renang. kalau diikutkan aku tak masuk apa-apa tapi disebabkan salah satu acara tu tak cukup orang aku pun menjadi salah seorang atlet..jeng-jeng acara apa?? 

sebenarnya aku masuk renang..haha..sampai sekarang aku sendiri pun macam tak percaya yang aku masuk acara tu sebab sebelum ni aku memang tahap batu punya tak pandai langsung. bila time training renang aku mesti cabut. takut tak reti berenang. ada je alasan taknak pergi swimming pool. tapi sekarang aku paling suka berenang..sebab dah pandai..haha..thanks to coach alia..^_^

medal yang aku dapat renang 4x50m kuak dada perempuan Rotu Navy Sports Carnival 2011




p/s: tak terlambat rasanya nak ucapkan tahniah kat Palapes Laut UiTM sebab jadi johan dalam Program Karnival Sukan kali ke-9 2011 walaupun beza satu mata je dengan KD Sri Klang but what can I say UiTM is the best!!:-)



Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum


selamat hari guru buat cikgu-cikgu masa aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik dan u

Terima kasih cikgu!! ^_^

A moment to share 2

Assalamualaikum

Surprise!! yup itulah yang mereka buat kat aku petang tadi..rasa terkejut dan terharu sangat. mereka iaitu mekti a.k.a zatil amni, timah dan nazri berkomplot untuk menyeprisekan aku dan aku kira pakatan mereka berjaya..ya syabas kamu semua. cerita dia camni mekti telah berpura-pura mengajak aku cari handbag dan kasut untuk praktikal dan mereka berdua iaitu timah dan nazri pergi cari hadiah untuk ayu kahwin. jalan punya jalan kitorang pun terjumpa handbag yang berkenan dihati tapi duit dalam purse paling banyak so aku pun tak beli. lepas tu mekti dengan muka yang lapar ajak aku pergi makan auntie anne dan aku yang lurus ni tak syak pe2 pun..paling tak boleh bla aku syak timah n nazri mungkin saja ingin dating..haha jahat betul..sori timah n nazri..:-p

Dan inilah surprisenya..tadaa!!





inilah handbag yang aku berkenan tadi..sekarang dah dapat..yeah..:-)


Again thanks to mekti, timah, nazri and ayu for the gift and also for all the moment that we always share together..XoXo..

"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words." 

p/s : tadi masa kat one utama nampak sorang foreigner ni paling stylo rambut dia ala-ala justin bieber..tengah duk kutuk dalam hati tiba-tiba muncul sebelah aku..nasib baik dalam hati kalau tak dalam hati buatnya dia paham bahasa melayu, tak ke kantoi..?? =_=

Sunday, May 15, 2011

Sweet macam lollipop


Assalamualaikum

Pernah makan lollipop macam kat bawah ni?




kalau pernah mesti tahu rasa manis dia camna atau pernah tak orang puji..amboi manisnya dia hari ni..hah mungkin camtula rasa dia. takde kena mengena sangat pun dengan lollipop atau rasa manis just tadi sebab dah takde kerja sangat tengokla gambar-gambar lama time kat matrik dulu. sedar tak sedar dah 3 tahun tinggalkan matrik. tengok punya tengok bukan main banyak lagi gambar kat matrik. setiap sudut aku ambil gambar. yela baru teringat dulu aku ada kamera, sekarang dah taktau kamera tu kat mana memang tak kenang budi langsung habis guna terus tinggal. tak guna cerita lebih enjoy gambar-gambar aku time muda remaja ni..

selaku ahli kelab rekreasi pergi camping kat sg. sedim, kedah

hari-hari terakhir kat matrik

kami bestfriend : dari kiri mira, aku, nabila, dayah, sarina

A3T4

dengan miss yus

gambar paling feveret 

yang ni tak tau nak cakap pe..layan je..


banyak sangat gambar so aku pilih random je.gambar mana yang aku pilih kira lucky la ala-ala lucky draw gitu..hehe..kalau nak tengok balik camna kita time muda-muda dulu ambil la gambar. takde kamera beli la kalau dah kedekut sangat  tumpang kamera orang. citt macam perli diri sendiri pulak. A picture worth a thousand words..tata..:-)

p/s: teringat dulu kalau nak ambil gambar kena beli kodak dulu sekarang ni dah tak payah siap boleh view n delete lagi gambar yang tak cantik..sekarang ni ada orang beli kodak lagi tak?? ^_^

Spaghetti dan Nasi goreng



Assalamualaikum & Selamat pagi

Wow..rasa hebat bila hujung minggu bangun awal dan buat sarapan. rasa macam dah boleh kahwin ni..cewah baru bangun pagi sekali dah rasa nak kahwin.ok mungkin fenomena bangun awal dan buat sarapan hanya berlaku dua atau tiga kali setahun. sangat rare. nasib baik bapak aku tak pengsan sebab terkejut tadi atau mungkin saja buat selamba sebab nak bagi aku bangun pagi lagi. hurm strategi yang bijak. 

Ibarat suri rumah bangun seawal jam tujuh pagi buat sarapan itupun sebab mak aku takda.ish kantoi pulak.tapi takpe at least ada effort kata orang. mungkin semenjak cuti semester ni aku terikut-ikut gaya hidup barat makan spaghetti di awal pagi dan kalau boleh nak buat sekali roti bakar + sosej + kacang bakar + omelette..tapi disebabkan lidah memang melayu aku buat nasi goreng dan spaghetti je.

resipi untuk kuah spaghetti yang aku buat sangat mudah bukan nak eksen tapi aku buat ala-ala chef wan gitu main campak-campak je bahan dia. antara bahan yang aku campak masa masak kuah spaghetti iaitu:
  • 5 biji cili besar + 4 biji tomato (blend)
  • 3 ulas bawang merah (cincang)
  • 5 sudu besar cili giling 
  • ayam/daging cincang
  • garam, gula dan lada sulah
dan inilah hasilnya..tadaa..





p/s: malam tadi memang buat aku marah bila stokin a.k.a kucing tidur atas bantal aku tidur. kalau ikutkan hati nak je aku bantai stokin tu tapi naluri belas kasihan kat binatang tu ada lagi. jadi aku halau la stokin elok-elok dengan nada sedikit menjerit sampai semua orang dalam rumah terbangun..hehe..sori semua..;-)


Saturday, May 14, 2011

A moment to share


Assalamualaikum 

Just want to share some of the gifts that i've got on my birthday this year 10th May 2011 


pink teddy bear from my rumet angkat kocek and a deuter bag from my brother




thanks along, kocek and to all people that wish happy birthday to me..

******^_^******

Motif sebenar tercapai akhirnya

Assalamualaikum

Anda pernah window shopping? yup..kalau tak pernah buat sila buat cepat-cepat atau mungkin juga boleh dijadikan hobi lagi-lagi masa takde budget nak shopping..tambah pulak anda memang kaki shopping macam saya ^_^

Hari tu aku pergi shopping dengan niat nak beli handbag dan kasut. pakai dress + selendang untuk nampak lebih perempuan dan sapu sikit lipgloss yang ada glitter untuk menambah kan efek cun. wow time tu dah rasa gojes sangat..habis puji diri sendiri terus berlari-lari turun tangga kolej menuju ke kereta. hajat dihati ingin pergi sunway pyramid sebab rasa dah lama sangat tak pergi tapi sebelum tu pergi jpj n pergi sepang tengok rumah sewa rakan shopping aku.

driver yang tak pakai seat belt masa drive tak mahu mukanya diambil gambar takut tertangkap katanya

co-pilot paling membantu


sampai je sunway cari parking. cari punya cari rasa macam bertuah sangat sebab banyak parking kosong. masa tu rasa nak park kereta lepastu keluar balik park pulak kat tempat lain. tapi sedar diri sudah dewasa tak guna buat camtu cari point orang nak maki je. pertama sekali jejak je sunway cari tempat makan sebab tak sarapan lagi. gila apa pergi shopping tak makan lagi. kami pun makan kat auntie ann makan pretzel je sebab mungkin tengah hari nak makan mewah sikit..cewah..

lepas sarapan kami mulakan operasi mencari handbag n kasut..semua kedai bag n kedai kasut aku masuk semua tak menarik. sampai lah kawan shopping aku cakap "wei aku ngantuk la". aku bukan main terkejut dia cakap camtu sebab aku juga mengalami simptom yang sama. ya mungkin semangat membeli belah tu takda ditambah dengan tenaga dah habis digunakan untuk study time exam. aku pun ajak dia pergi cari tempat makan mewah dan agak kebaratan untuk menambahkan tenaga dan semangat. dalam perjalanan tiba-tiba dia mencadangkan jom kita makan ayam penyet jela. aku tanpa segan silu pun bersetuju. ceh indon juga aku makan hari ni..

lepas kenyang balik tanpa handbag dan kasut. itu jelah motif pergi sunway untuk makan ayam penyet rupanya. baru aku tahu yang impian aku nak makan ayam penyet time exam lepas sudah pun termakbul.

*tamat*

p/s: tengah tengok cerita saus kacang tiba-tiba adik aku tanya "kakak, saus kacang tu apa?" 
aku pun jawab " saus kacang tu cam kuah kacang yang makan dengan sate tu.." 
adik aku yang kurang yakin dengan aku bertanya lagi mungkin sebab aku selalu bercakap 'benar' dengan dia
" betul ke? kakak jangan tipu.."
 aku dengan selamba menjawab "betul la tak caye ko tengok nanti ada dia tumbuk kacang tu cam ni (sambil buat gaya orang giling cili)" 
adik aku pun dengan pantas mencebik mulut. dalam hati aku berkata " tak cayela tu..ciss..". hurm betul ke saus kacang macam yang aku bagitau kat adik aku?? =_=

Edisi No idea: Bertahajud di kampung baru


Assalamualaikum..

Lega rasanya..walaupun agak lambat tapi nak juga bagitau yang exam dah habis. paper terakhir memang killer dapat kertas rasa nak angkat tangan cakap kat pengawas tu saya nak hantar sekarang. tapi rasa macam over pulak, pehal ko nak hantar awal padahal exam baru mula. ceh kalau aku buat camtu memang loser..aku jawab juga paper tu sambil dalam hati berdoa..ya Allah tolong luluskan aku..tengah kelam kabut jawab tiba-tiba pandang orang sebelah tidur..wah sedap je ko kan..usaha la wei!! dalam keadaan nak marah aku cuba positifkan diri..mungkin dia cuba tenangkan diri sebab aku jeling macam banyak je dia jawab..huh tak boleh jadi ni..aku pun terus berusaha hinggan titisan masa yang terakhir..ya aku berjaya menjawab..walaupun dalam hati rasa kecewa yang amat..

habis cerita pasal kesengsaran sebagai seorang pelajar. kita beralih kepada kehidupan sebenar remaja. aku yang tak pernah sedar diri selalu merasakan malam masih muda jadi seperti biasa aku dan rakan-rakan seangkatan pergi berhibur malam lepas exam, malangnya kami tak cukup korum mekti takde atas sebab-sebab tertentu tapi nak buat camne perjuangan tetap perlu diteruskan. mula-mula pergi makan kat kampung baru, makan steak baru nampak barat kan..lepas tu masih meneruskan tema kebaratan dengan pergi karok kat wangsa walk..

bergambar sebelum berhibur..:-p


p/s : sebenarnya tujuan aku lepas exam mengikut azam awal tahun adalah pergi beribadat kat masjid negeri tapi terpaksa dibatalkan gara-gara diri seorang perempuan..hehe..cita-cita memang tinggi tapi hanya mampu berhibur ala barat..tak lupa juga hepi belated besday to me on 10 May ( ceh nak wish juga untuk diri sendiri)..:-)






Saturday, April 30, 2011

Dialog Hati


Assalamualaikum..

Kali ni update blog kat rumah..eh macam selama ni update kat kolej??adalah kadang-kadang tu update kat kolej kalau boring atau tangan gatal nak menaip tapi disebabkan kat kolej ramai sangat orang nak tengok entry aku sebelum aku post jadi aku takdela selalu buat kat kolej. update kat rumah lagi privacy bak kata orang " home sweet home"..hehe..sebenarnya aku segan kalau orang baca apa yang aku tengah tulis..malu..:-p

Tadi pagi paper kedua aku, jadi lepas je habis exam aku pun cabut balik rumah sebab paper ketiga aku 5hb. rasa macam lama lagi tapi banyak benda aku tak belajar lagi..hai macam nilah kalau selalu study last minute. jadi pesanan untuk semua dont try this at home. sebenarnya aku nak cerita keadaan aku time exam paper yang first..wah soalan macam gampang tapi bila orang yang semakin meninggalkan alam remaja seperti aku nak jawab dah semua blank. semua fakta dalam otak hilang. tak tau kenapa mungkin hati masih tak suci.

paper first tu paper theory pasal company secretary tapi jangan ingat secretary yang dalam tv selalu meja secretary tu dekat tepi bilik bos dan antara dialog bos kepada secretary tersebut adalah "su (bukan nama sebenar), hari ni appointment saya pukul berapa ya?". malas nak cerita panjang harap-harap korang dapat bezakan. sambung balik..dapat je tengok soalan, aku pun belek-belek sambil kepala fikir jawapan yang sesuai. lepas tu aku pun tulis jawapan dengan semangat sampai je soalan kedua last otak dah kering dan time tu hati aku menjerit what the.....tak sempat aku habiskan ayat yang berbaur kasar, lantas iman yang senipis kulit bawang memintas dengan ucapan astaghfirullahulazim. alhamdulillah aku masih terpelihara daripada menyebut perkataan yang tak elok.

selepas itu dengan secara rasminya aku menghentam soalan tersebut dengan teory-teory dr.dalila. wow time tu rasa hebat sebab berjaya buat teory sendiri. tapi apakan daya peluang untuk dapat markah tu sangat tipis jadi aku bertindak mengira markah. dengan kiraan markah aku harap semoga aku lulus. paper kedua tadi pun soalan boleh tahan senang tapi ada jugak yang aku hentam. apa boleh buat nak tinggal kosong rasa macam loser baik isi nampak penuh kertas jawapan aku..hehe

baiklah..pesanan untuk semua jangan lupa baca doa sebelum study dan jawab exam..good luck untuk semua yang tengah final exam sekarang ni..tata..:-)











Sunday, April 24, 2011

Suatu hari di shah alam


Assalamualaikum

Dah dua kali dalam minggu study aku balik rumah,huh bukannya apa rindu kat mak..hehe..tadi aku pergi study kat  library shah alam. dalam semangat aku belajar mata memang tak boleh tahan lagi-lagi subjek membaca aku memang hampeh sikit..jadi aku pun jalan-jalan (aku duduk asing meja dengan kawan aku) kat kawan aku nak hilangkan mengantuk. sambil-sambil kami membuat perbincangan ilmiah mengenai subjek yang kami belajar aku pun tengok-tengok orang yang datang kat situ..dalam hati berkata "bukan main semangat lagi belajar kan dorang ni, cakap kuat-kuat bajet dia sorang je yang ada kat sini.nyampah" aku memang jenis yang suka kutuk dalam hati yela kalau kutuk depan lebih berdosa baik dalam hati je.

dah hilang mengantuk aku pun nak pergi balik kat meja aku dengan semangatnya tiba-tiba kat kerusi depan aku ada seorang lelaki. ikuti perbualan aku dengan lelaki ni..

lelaki: maaf ye dik, saya duduk sini..tempat ni penuh, kat tempat ni pulak ada plug, laptop saya tak ada bateri

aku: eh..takpe-takpe duduklah..(senyum)

lelaki: tempat ni memang takde orang kan? (muka bersalah)

aku: takde..takpe duduklah..(senyum)

lelaki: terima kasih..(senyum)

nak pergi duduk tempat lain macam rasa bersalah pulak. jadi aku pun duduk kat situ dengan sopan sekali. perasaan mengantuk diketepikan demi menjaga tatasusila sebagai seorang gadis yang educated. duduk punya lama aku rasa tak selesa dengan persekitaran yang semakin panas dan bising. ada seorang student ni sibuk cakap pasal bidadarila, sosialisla sampai aku rasa nak lempang je muka dia sebab cakap punya slow bajet semua nak dengar dia cakap.tiba-tiba..

lelaki: dik, boleh tanya tak?

aku: oo..boleh, apa dia? (muka serius)

lelaki: on second level atau at second level?

aku : (dalam hati: ish..boleh ke dia tanya..konfius la soalan dia) hmm..dia ikut situation boleh je guna dua-dua..(jawab aku dengan yakin) contohnya i'm at second level dan he's on second level..(dalam hati: betul ke?arrgh hentamlah)

lelaki: ooo..ok2..terima kasih..(senyum)

lepas je dia tanya soalan tu aku terus je message kawan ajak balik. karang dia tanya lebih-lebih nak jawab apa? kawan aku pun balas cakap sekejap lagi balik. aku kecewa. lepas tu lelaki tu tanya lagi tapi nasib baik tanya pasal aku belajar kat mana. perut pun dah bunyi-bunyi aku pun cepat-cepat ajak kawan aku balik takut-takut bunyi tersebut didengari lelaki itu

kesimpulannya..english sangat penting sekarang ni lagi-lagi untuk berkomunikasi..jadi aku tengah memantapkan english aku dengan menonton cerita orang putih, baca surat khabar english, merapu dan mengutuk orang dalam english..cehh cara yang terakhir tu jangan ikut..buat dosa je..jadi bolehlah aku jawab soalan macam tu lagi dengan muka tak cuak..hehe..okay sekarang nak study..tata.:-)

Saturday, April 23, 2011

Apabila jatuh dengan tangga


Assalamualaikum

Minggu ni minggu study jadi aku sebagai pelajar tak perlu pergi ke kelas menuntut ilmu tetapi hanya duduk di bilik atau di mana-mana tempat belajar balik ilmu yang dituntut. Alhamdulillah setakat ni aku hanya tertidur tengah study waktu tengah hari je walaupun tiap hari aku buat tapi nasib baik aku study jugak walaupun tertidur.

sebenarnya bukan nak cerita pasal minggu study saja je buat mukadimah tu nampak lebih ilmiah dengan menceritakan pasal study week. nampak sangat aku sepanjang bulan ni sangat suka menjadi makhluk perosak tapi jangan salah sangka bukan aku lipas jadian atau anai-anai jadian rosakkan rumah orang. begitu kecewa sekali apabila malang menemui diri ini..huhu

pertama: aku dah rosakkan pintu kereta kancil aku sampai tak boleh tak boleh nak buka lagi dan effectnya kena sekali kat tingkap pintu kereta tu

kedua: hari ni aku dah patahkan clutch kereta abang aku pulak dan petang ni abang aku nak datang kolej. aku tak tau nasib aku lepas ni..huhu

ketiga: kali ni tak melibatkan kereta tapi melibatkan barang aku sendiri iaitu lip gloss. disebabkan terlalu kecewa dengan kejadian clucth patah aku main-main lip gloss aku sampai rosak dan kemudian aku tolak guna tangan dan lip gloss tu patah..yay lagi 1 aku berkata dalam hati.

gambar lip gloss maybelline versi senget yang aku bakal aku hancurkan

lip gloss yang telah aku hancurkan dengan memotong bahagian yang tak boleh masuk balik menggunakan jari (tips:guna jari pun boleh)

tak taulah kenapa jadi begitu kat aku dan sekarang aku tengah dalam mood kecewa. dan nak study pun dah hilang minat, sedar diri tak pernah nak insaf maka aku pun terus buka lappy dan update blog sambil tengok maharaja lawak kat youtube dan tak lupa makan lai chi kang pembelian tira (terima kasih youtube dan tira kerana telah menceriakn hari ku!!)

sambil tu aku juga berpikir-pikir adakah aku mempunyai tenaga luar biasa sampai kaki dan tanganku boleh mematahkan clutch dan merosakkan barang..itu menjadi tanda tanya sampai sekarang. tapi itu bukan bermakna aku perempuan yang ganas atau kejam dan ternyata aku perempuan biasa sebab aku guna lip gloss juga kan?hehe, mungkin nasib aku dengan kereta je yang tak baik..bak kata ustazah dulu time sekolah semua yang berlaku ada hikmahnya..i hope so..:-)

p/s: setiap sem azam nak dapat dekan tak pernah berubah, so please pray for me semoga Allah makbulkan doa aku..aminn..

Sunday, April 17, 2011

Antara delima dan teratai


Assalamualaikum

Wah..rajin pulak aku update kan..2 hari sekali mungkin juga 3 hari sekali..itu yang kita tak tahu..yup bulan april ni aku asek sebut pasal update je tak lain dan tak bukan. sebelum cerita aku menjadi bubur (sesekali tukar la asek basi je..heh) baik aku cepat-cepat cerita kat blog, yela takut-takut mood berubah, mata jadi layu akibat oksigen tak masuk otak, tulang belakang merayu-rayu minta diluruskan dan suara gemersik setan katil minta didodoikan. haish sungguh besar dugaan!!

macam aku pernah cakap kat entry sebelum ni pasal party makan-makan ocean 12 (sebut party tau bukan jamuan agar nampak grand..hehe) dan betapa rajinnya aku membantu pn sabariah masak untuk party tu..jadi tak sah kalau takda adegan bergambar..mari tengok puas-puas gambar kami yang tak seberapa ni.. 


cik timah yang penat angkat periuk nasi dari teratai


dari sesi bergosip sambil tunggu orang lain datang sampaila sesi makan-makan..tengok sapa yang paling semangat pegang garpu nak makan..isk teruk betul..
cik penganjur yang duduk sorang time makan..dia cakap takut banyak suami alih-alih tempat..heh....yeke?



menu: kek, nasi goreng, mihun goreng dan air kiwi

habis je makan kami semua buat sesi mengenang kembali memori silam sepanjang kami bersama, tak lupa juga sesi bahan-membahan dan sesi bergelak ketawa mengenakan orang..selain tu ada juga ucapan dari cik penganjur dan bakal-bakal alumni Uitm..Finally..thanks cik penganjur atau nama manjanya kocek..lain kali buat lagi tapi sayangnya encik co a.k.a shiham tak dapat datang..dengar ceramah katanya alhamdulillah..tata dari cik datang makan..:-)

Saya dan Kek Hawflakes


Assalamualaikum

Terasa begitu pemalas diri ini apabila hanya update blog seminggu sekali..bila nak update je mesti ada yang menganggu seperti adik pinjam laptop buat main game, internet tiba-tiba takda, group bergosip discussion, tertidur dan macam-macam lagi yang membuatkan nak berblog pun dah takda mood sebab cite semua dah basi. hah hari tu aku tolong jaga anak buah aku maknanya kat situ aku berjiwa keibuan..cite ni takda kene mengena saja je nak mention..ehem!!paham-paham je la..:-p

malam tadi member aku buat makan-makan untuk budak batch aku ocean 12.mana dapat nama ocean 12 ni..nombor 12 untuk intake 12 dan ocean? tak tau lah dapat mana..tapi agak sedap disebut..hehe
jadi aku yang semangat berparty ni pun mula menawarkan diri untuk buat kek dan meminta jasa baik pn sabariah  untuk masak mihun..tanpa banyak membebel jom layan gambar-gambar sepanjang pembikinan kek 


ni dia cara2 nak buat kek hawflakes..hawflakes tu bersempena nama asam yang bulat-bulat yang disusun kat kek tu..penat tau nak susun asam tu...heh *sigh*
kek yang dah siap dibakar dan diletak krim nak bagi cantik


kek yang dah siap sapu dan diratakan dengan krim..tolong jangan pertikaikan tentang tulisan atas kek tu sebab aku akan jadi marah bila sebut pasal tulisan tu..:-p

tada...kek yang dah siap di hias dengan cantiknya atas bantuan pn sabariah..terima kasih mama!!


hah..yang ni krim yang aku guna untuk hias kek..beli kat kedai bakeri pandan

p/s: pn sabariah pesan kalau nak resipi kek hawflakes dan jikalau teringin nak order kek tu pun boleh..just email je aku kat nordalilaramley@gmail.com..tata..:-)
 

Blog Template by BloggerCandy.com